Gambar untuk mewarna

Ditulis oleh gnesop poseng on 04 April 2009

Mungkin anda tiada bakat melukis, tiada masa, ingin jimatkan belanja, mudah dan berkesan?
Soalan diatas merujuk kepada anda yang sedang mencari bahan-bahan untuk anak anda sebagai bahan pengajaran iaitu mewarna. Anak aku (Azfar) berusia 3 tahun amat minat mewarna. Walaupun tidak lah cantik tetapi sebagai bahan untuk beliau belajar. Sambil-sambil itu, boleh kenalkan peralatan yang dia warna.

Mula tu, aku rajin juga edit gambar daripada Word, ubah kepada line dan hitam putih. Kerana kesibukan masa, tak sempat selalu nak edit. Aku pun search gambar menggunakan google dan akhirnya aku jumpa website ini yang membekalkan secara percuma gambar untuk tujuan colouring. Memang bagus kerana banyak gambar disediakan mengikut kategori.


Malah, guru-guru juga boleh menggunakan bahan ini untuk P&P. Apa yang perlu dilakukan, download gambar dan print. Untuk jimat, masukkan ke word, susun, masukkan perkataan, print dan jadikan buku. Bagi kepada anak anda untuk diwarnakan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://thecoloringspot.com/ atau  http://gambarmewarna.blogspot.com/



----------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah baca entry ini:


Suka entry ini? Sila kongsi melalui butang di bawah:

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Powered by Disqus

Followers