SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 40-an yang memiliki berat badan lebih 250 kilogram (kg) terpaksa diangkat menggunakan trak milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Petani untuk dibawa ke hospital kerana menghidap penyakit kencing manis.
Sebelum itu keluarga lelaki berkenaan menghubungi ambulans Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mengambilnya di rumah mereka di Taman Petani Jaya, kira-kira jam 4 petang di sini, semalam.
Bagaimanapun, kakitangan HSAH itu terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) selepas mendapati saiz badan lelaki itu lebih besar dengan beratnya melebihi 250 kilogram sehingga tidak mampu dibawa menggunakan ambulans.
Seorang lelaki yang enggan dikenali berkata, kira-kira 10 orang membabitkan anggota bomba, kakitangan HSAH dan JPAM terpaksa membawa turun lelaki berkenaan di tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu menggunakan tilam.
“Pasukan bomba menggunakan sistem hidrolik iaitu pintu belakang trak berkenaan yang diturunkan ke bawah untuk mengangkatnya ke dalam trak bersama tilam sebelum dihantar ke HSAH bagi mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, trak bomba beredar dari rumah banglo berkenaan kira-kira jam 5 petang, semalam sambil diiringi anggota keluarga lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, usaha mendapatkan gambar lelaki itu gagal kerana media dihalang ahli keluarga lelaki berkenaan.
Sumber: hmetro.com.my
----------------------------------------------------------------------------------------------
Suka entry ini? Sila kongsi melalui butang di bawah:
Tweet




{ 2 comments... read them below or add one }
salam ziarah....
Dapatkan panduan bina otot badan/besarkan badan/kuruskan badan disini.....
terima kasih bina badan
Post a Comment