Birthday Azfar, Azwar dan Anas

Ditulis oleh gnesop poseng on 03 February 2010

Pada Sabtu lepas, berlangsung sambutan ulang tahun kelahiran Azfar, Azwar dan Anas (sepupu Azfar/Azwar) di rumah aku. Pada tahun ini usia Azfar meningkat kepada 4 tahun dan Azwar pula 3 tahun. Birthday Azfar ialah pada bulan Januari dan manakala Azwar pula pada bulan Februari.

Oleh kerana bulan yang berdekatan, sambutan ulang tahun kelahiran diadakan serentak bersama-sama Anas juga yang lahir pada bulan Disember. Sambutan diadakan secara sederhana yang mana kaum keluarga, jiran dan rakan dijemput hadir.

Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat dan seterusnya pemotongan kek. Jamuan bermula dari jam 2.00 petang hingga jam 6.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir ke majlis tersebut.


----------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah baca entry ini:


Suka entry ini? Sila kongsi melalui butang di bawah:

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Powered by Disqus

Followers