Kali ini, kami mencuba ayam penyet di Wangsa Walk Mall. Satu hidangan ayam penyet dan udang penyet. Rasan antara ayam penyet tersebut antara Kuala Lumpur dengan Sarawak lebih kurang sama. Cuma sayur yang berbeza dan di Sarawak sendiri, penggunaan sayur juga berlainan. Ayam di Kuala Lumpur juga agak kecil dan nasi juga dalam kuantiti yang sedikit berbeza di Sarawak, ayam yang digunakan besar dan nasi yang dihidangkan juga banyak.
Nasi ayam penyet tidak menyediakan kuah dan agak kering. Sup adalah sesuai untuk makan bersama-sama nasi penyet jika anda tidak suka nasi yang agak kering.
Sambil makan, Azfar dan Azwar boleh bermain-main dulu di kawasan permaianan berhampiran.
----------------------------------------------------
Suka entry ini? Sila kongsi melalui butang di bawah:
Tweet





{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment