Jom promosikan diri anda di Youtube

Ditulis oleh gnesop poseng on 04 August 2010

Sekarang ini, jika anda ingin menjadi penyanyi, tidak perlu lagi mengejar syarikat rakaman kerana syarikat rakaman akan mengejar anda. Begitu juga jika anda berbakat untuk berlakon, tidak perlu lagi ke sana sini untuk mencari syarikat filem. Mungkin juga nanti bila memohon kerja, anda tidak perlu lagi interview.

Ini semua adalah berikutan dari youtube yang menjadi pusat utama menghantar video. Sebelum ini youtube digunakan untuk video peribadi, filem, iklaneka dan pemasaran tetapi siapa sangka, dengan memamparkan bakat anda di youtube boleh jadi popular?


Sop rasa nak rakam video juga la, mana tahu ada syarikat nak offer berlakon.. huhuhu

Ikuti berita Jojo dan Sinta yang hangat di youtube sekarang ini:


Dua pelajar ditawar berlakon iklan



GAMBAR menunjukkan Jojo (kiri) dan Sinta.




JAKARTA - Selepas berjaya menggegarkan Indonesia menerusi laman sosial YouTube, dua pelajar sebuah universiti di Bandung yang menarik jutaan peminat dengan menggerakkan bibir mengikut suara penyanyi lagu dangdut, Lissa Yang menyanyikan lagu Keong Racun di laman YouTube, kini ditawarkan menjadi pelakon iklan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kedua-dua pelajar itu, Jovita Adityasari atau dikenali sebagai Jojo dan rakannya, Shinta Nuriansyah atau popular dengan panggilan Sinta mengesahkan tawaran berkenaan semasa ditemui wartawan di Studio Sparc, Jalan Raya Bogor, Jakarta Timur, di sini semalam.
"Memang ada tawaran berlakon dan ada juga menawarkan sebagai pelakon iklan," kata Jojo yang mengakui mereka belum dapat menyesuaikan diri menjadi selebriti secara tiba-tiba selepas popular di YouTube.
Buat masa ini, jadual harian dua gadis berusia 19 tahun itu semakin padat dan mereka yang masih menuntut di sebuah universiti di Bandung dekat sini telah meminta bantuan pihak pengurusan penyanyi kumpulan muzik ST12, Charly.
Jojo berkata, Charly dipilih kerana pihak pengurusan itu berpengalaman menguruskan jadual aktiviti hiburan.
Kedua-dua pelajar itu yang kini menjadi fenomena di Indonesia menyatakan, ibu bapa mereka yang sibuk dengan kegiatan harian menyebabkan agensi Charly dipilih untuk menguruskan jadual harian aktiviti seni.
Sehingga kini, klip aksi Jojo dan Sinta yang menggerakkan bibir mengikut suara asal penyanyi Keong Racun itu mencipta rekod tersendiri apabila gelagat mereka sudah dilihat hampir 2.3 juta kali sejak dimasukkan di YouTube pada Jun lalu. - Agensi
Berita dipetik dari Kosmo
Video mereka:


----------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah baca entry ini:


Suka entry ini? Sila kongsi melalui butang di bawah:

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Powered by Disqus

Followers