Pandu berhemah dapat diskaun tol

Posted by sop on 21 August 2010


Pemandu berhemah mendapat ganjaran? Menarik bunyinya..! 
Pendapat peribadi Sop, cara ini antara yang boleh dicuba untuk mendidik pemandu supaya lebih berhemah. Mungkin pendekatan yang digunakan untuk menilai pemandu berhemah boleh diperbaiki dari masa ke semasa dan ganjara turut ditambah.

Setakat ini, cadangan pengurangan harga tol (diskaun) cukup baik kerana kos tol sekarang adalah tinggi. Dengan memberi diskaun ini, pemandu akan cuba untuk mendapat diskaun tol tersebut. Dengan ini, pemandu akan dilatih secara tidak langsung untuk memandu secara berhemah dan tidak terburu-buru.

Tibalah masa mencuba kaedah baru iaitu memberi ganjaran kepada yang memandu dengan baik tetapi kaedah hukuman perlu diteruskan kerana tidak semua mahukan diskaun tersebut.

Sop sokong cadangan ini kerana Sop adalah pemandu berhemah..huhuhuuh

Ikuti berita "Pandu berhemah dapat diskaun tol" yang dipetik dari Kosmo! Online:


PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya mencadangkan kepada syarikat-syarikat pemegang konsesi lebuh raya agar turut memberikan diskaun istimewa bagi bayaran tol kepada para pemandu berhemah sempena perayaan Aidilfitri ini.
Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, keistimewaan itu antara lain bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang lazimnya meningkat ketika musim perayaan.
“Katakanlah dari sini nak ke Melaka, sepatutnya (ambil masa) dua jam. Tetapi kalau dia boleh sampai satu jam atau satu jam setengah, maka dia tak dapat diskaunlah.
“Ini adalah perkara yang boleh difikirkan oleh pihak konsesi untuk menggalakkan orang ramai memandu mengikut kelajuan yang sepatutnya dan mungkin diskaun ini kena beri lebih tinggi lagi,” katanya selepas merasmikan Galeri Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (Mufors) di Restoran Jejantas USJ di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

----------------------------------------------------
Suka entry ini? Sila kongsi melalui butang di bawah:

{ 0 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Follow by Email

Followers

Recent Comments

Twitter Box