Kebaikan makan kuaci bunga matahari

Posted by sop on 07 February 2010

Antara kebaikkannya ialah:

Kuaci bunga matahari merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu beberapa khasia vitamin E.


Ia itu untuk meregangkan kulit, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik. ( Lepas nie pasti ramai wanita yang makan kuaci ). Selain daripada itu Vitamin E juga mempunyai banyak khasiat lain yang lebih penting.


Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh.Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.

Vitamin E juga dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah ,osteoarthritis dan rematik.


Selain itu ia juga dapt mengurangi risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus,dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes.Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah

Beberapa ujian yang dibuat ia juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Dipetik dari: malaysiaria.ning.com
Baca Seterusnya

Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520

Posted by sop

Sekali lagi Nuffnang menganjurkan peraduan untuk para penulis blog dan kali ini juga berkaitan dengan telefon bimbit. Sebelum ini ialah peraduan memenangi telefon bimbit LG yang bertajuk "Why I Like It Longer" Penyertaan untuk memenangi BlackBerry® Storm™ 9520 perlu menulis blog mengenai tajuk berikut:

All you would need to do is to blog about why you want to own a BlackBerry® Storm™ 9520 and why Celcom would be the best Storm-tastic place to get a BlackBerry® Storm™ 9520! Once you’re done, just send in an email to celcombbstorm2@nuffnang.com with your full name and your blog post’s permalink and you might just end up winning a brand new Blackberry Storm 2 from Celcom!!

Kenapa aku nak BlackBerry® Storm™ 9520?
Sebut sahaja telefon bimbit BlackBerry pasti semua orang meminatinya dan termasuklah aku. Jika telefon  BlackBerry® Storm™ 9520 yang yang canggih ini menjadi milik aku, pasti ia menjadi pengalaman terindah buat aku. Berikut adalah spesifikasi telefon bimbit BlackBerry® Storm™ 9520:

Brand / Type
Brand BlackBerry
Type Storm 9520
Also known as BlackBerry Storm 2
Form factor Candybar
Color Black
Network
Phone Network 3G, EDGE, GPRS, GSM, HSDPA (3G)
Service 850, 900, 1800, 1900, 2100
Connectivity
Bluetooth v2.1 with A2DP
Infrared No
Wi-Fi (WLAN) Yes
USB YesMicroUSB v2.0
Fax / Data Yes
Display
Main display Color TFT capacitive touchscreen
Color display 65.000 colors
Dimensions 3.3 in.
Resolution 480 x 360 pixels
External display No
Memory
Internal memory 2GB
External memory Yes
Memory slots Yes
Storage types MicroSD, MicroSDHC
Basic
Battery Standard battery, Li-Ion 1400 mAh
Standby time 305 hours
Talk time 5 hours
Calling
Vibrate alert Yes
Photo ID Yes
Ringtones MP3
Camera
Camera Yes
Megapixels 3.15 megapixels
Maximum photo resolution 2048x1536 pixels
Digital zoom Yesx
Optical zoom No
Auto focus Yes
Flash Yes
Recording video Yes
Second (front) camera No
Messaging
SMS Yes
MMS Yes
T9 text function Yes
E-mail Yes
Internet browsing Yes
Entertainment
FM radio No
Java Yes
Audio player AAC, MP3, WMA
Video player 3GP, H264, MP4, WMV
Features
Add ringtones Yes
Organiser Organiser, Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF), Voice memo/dial
Video call No
Other features Auto-rotate, Speakerphone, 3.5mm audio jack, GSP with A-GPS support, IM, Quad-band GSM radio, BlackBerry maps, Games + downloadable,
Format
Weight 5.6 oz.
Dimensions (H x W x D) 4.4x2.5x0.6 in.
Maklumat tambahan mengenai spesifikasi BlackBerry® Storm™ 9520 boleh didapati di sini.


Tiada lagi yang diperlukan dengan BlackBerry® Storm™ 9520 kerana ia telah lengkap untuk kegunaan semua pengguna. Dengan sepsifikasi di atas, aku boleh menggunakan BlackBerry® Storm™ 9520 secara maksimum.

Berikut adalah video review oleh megawhat.tv mengenai telefon bimbit BlackBerry® Storm™ 9520:


Kenapa perlu dapatkan BlackBerry® Storm™ 9520 dari Celcom?
Pastikan apabila membeli telefon bimbit daripada pengedar yang sah. Celcom bukan sahaja pengedar rasmi telefon bimbit BlackBerry® Storm™ 9520 malah anda boleh mendapat pelbagai faedah dan ganjaran. Pelbagai tawaran istimewa disediakan kepada pelanggan Celcom. Oleh itu, cara terbaik mendapatkan BlackBerry® Storm™ 9520 ialah dengan Celcom. Maklumat lanjut promosi Celcom boleh didapati di sini.




Akhir kata:
Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520, Saya nak BlackBerry® Storm™ 9520,
Baca Seterusnya

ALASAN PERLU BANYAK MINUM AIR

Posted by sop

Mendapat cukup air penting bagi tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Menurut para penyelidik, 70 peratus (70%) tubuh badan manusia terdiri dari air dan kita hanya dapat bertahan hidup sekitar seminggu sahaja tanpa air.

BERIKUT 5 ALASAN MENGAPA KITA PERLU BANYAK MINUM AIR :

1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK

Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2. MENGUMPULKAN NUTRISI

Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK

Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

5. MENGHINDARI BATU KARANG

Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.

Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.

Dipetik dari: malaysiaria.ning.com
Baca Seterusnya

flymas.mobi is as easy as A,B,C

Posted by sop on 06 February 2010

Tempah penerbangan lebih mudah dan cepat. Sesiapa boleh melakukannya. Hanya log masuk ke laman web http://flymas.mobi menggunakan telefon bimbit anda semudah A, B, C. Kanak-kanak pun mampu lakukanya.

Baca Seterusnya

Hotel Impian Morib, Pantai Morib, Banting, Selangor

Posted by sop

Pada Isnin hingga Khamis lepas, aku ke Hotel Impian Morib, Banting Selangor untuk menjayakan satu program. Oleh kerana 1 Februari hari cuti umum Wilayah Persekutuan, aku pun bertolak agak lewat sedikit iaitu selepas Magrib. Sedangkan ini kali pertama aku akan ke Impian Morib, tetapi aku pakai redah sahaja. Sebelum itu, aku cuba mendapatkan gambaran ke sana menggunakan Google Maps.

Perjalanan waktu malam bagi kawasan yang anda tidak kenali amat menyukarkan. Aku tidak beberapa pasti laluan yang aku cuba dapatkan dari Google Maps tersebut. Oleh itu, aku tersasar ke Pusat Bandar Klang, Selangor. Nasib baik tidak terlajak ke Pelabuhan Klang. Ini kerana dari Kuala Lumpur, memang tiada papan tanda arah ke Morib dan Banting. Oleh sebab itu, aku merujuk papan tanda ke Klang. Bila masuk pusat bandar Klang, jalan pun sesak dan papan tanda amat mengelirukan. Akhirnya, aku hanya berpegang papan tanda ke arah Banting sampailah terjumpa papan tanda ke Morib. Malam tu aku tiba di hotel dalam jam 10.30 malam.

Perjalanan yang paling mudah ke Morib ialah menggunakan Lebuhraya Kesas jika dari Kuala Lumpur. Ikut papan tanda ke Klang dan sebelum sampai Klang, akan ada satu susur ke Banting. Ikut papan tanda ke Banting dan kemudian akan ada papan tanda menunjukkan ke Morib setibanya di Banting. Impian Morib Hotel mudah ditemui kerana ia berada di jalan utama Morib.

Hotel Impian Morib mempunyai keunikkan tersendiri. Biliknya bersih dan menarik. Ruang bilik air juga adalah luas dan selesa. Terdapat 3 jenis bilik di ini iaitu Deluxe, Superior dan Chalet. Ratenya pula antara RM 220 - RM 250 semalam .

Sepanjang di sini, tidak kelihatan pengunjung yang walk in tetapi ia menjadi tumpuan untuk mengadakan kursus atau bengkel.

Beberapa kemudahan di sini yang menarik minat aku seperti WiFi, Gimnesium, Kolam, Pusat rekreasi dan sukan.Hotel ini mengadap laut tetapi tiada pantai kerana hujung laut telah dibina benteng simen. Sesuai untuk kaki pancing di sini. Makanan yang disediakan juga memuaskan.

Baca Seterusnya

Menjadi Pendengar Yang Baik

Posted by sop on 05 February 2010

Betul juga kata seseorang 'diam tu lebih baik'. Kadang-kadang apabila kita mendiamkan diri ketika orang lain sedang marah-marah menyebabkan orang berkenaan akan reda kemarahannya. Namun di ketika yang lain pula, jika kita terus mendiamkan diri kita kan terus ditekan, dikecam dan berbagai lagi malah dituduhnya bersalah. Sebenarnya sikap mendiamkan diri kena pada masa tertentu namun tidak sesuai pada ketika yang lain. Sepatutnya kita bukan mendiamkan diri, tetapi menjadi pendengar yang baik.

Menjadi pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan dalam keluarga. Cuba perhatikan anak-anak, suami dan jiran di sekeliling anda. Rata-rata ramai yang pandai dan kerap bercakap namun kurang mendengar. Lebih-lebih anak-anak dalam usia meningkat remaja agak susah untuk mendengar arahan daripada ibubapa, kecuali ada cara tentu anak mudah mengikut telinjuk kita.

Sebenarnya memang sedikit mereka yang benar-benar menjadi pendengar yang baik. Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan seorang komunikator yang berkesan dan menjadi pendengar yang baik. Malah mereka yang mempunyai kemahiran sosial dan perhubungan awam yang baik terdiri daripada komunikator yang pandai berbicara dan dalam masa yang sama juga menjadi pendengar yang pintar.

Oleh kerana tidak menjadi pendengar yang baik, maka anak-anak sering bermasalah. Mereka lebih suka meluahkan perasaan di kalangan rakan sebaya mereka. Ini disebabkan rakan sebaya lebih memahami dan mendengar segala luahan perasaan berbanding orang yang lebih dewasa. Faktor tidak wujudnya pendengar yang baik juga salah satu penyebab keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Lebih-lebih lagi kerana hanya satu pihak sahaja yang menjadi pendengar atau terpaksa mendengar, manakala satu pihak yang lain sering sahaja yang bercakap atau memberi arahan.

Terdapat dua sebab utama kenapa kita mesti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik. Pertamanya setelah anda sanggup mendengar dengan baik, anda mempelajari apa yang anda tidak ketahui selama ini. Memang benarlah bahawa selalunya kita tidak ketahui kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita sendiri. Kita lebih mudah menangkap dan melihat kelemahan orang lain.

Kedua, manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik. Lebih-lebih lagi di tempat kerja dan mana-mana organisasi mengutamakan orang yang mudah mendengar arahan, patuh dan bertindak pada arahan. Di rumah pula kita kan lebih sayang dan mudah berbicara dengan anak yang 'suka mendengar cakap' berbanding dengan 'anak yang susah mendengar cakap'.

Mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik terdiri daripada mereka yang tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik. Bila waktu diam dan mendengar dan bila pula memberi peluang orang lain bercakap. Oleh itu, mendengar yang baik bermaksud satu proses mencerap dan merakam butiran kata-kata atau ucapan daripada sumber atau si perucap sambil memikirkan apakah yang perlu diberikan perhatian, mana perkara pula yang perlu diketepikan. Juga pendengar yang baik mengutamakan tindakan yang perlu diambil hasil daripada mendengar atau mencerap itu.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar yang baik:
  • Wujudkan suasana yang mesra dalam perbualan atau interaksi.
  • Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
  • Berikan perhatian sepenuhnya.
  • Berikan 'eye-contact' atau kontak mata.
  • Lihat tepat ke dalam anak matanya.
  • Anggukan kepala sebagai tanda gerak balas anda.
  • Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya!ya!aha", gitu".
  • Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
  • Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
  • Elakkan dari mengkritik.
  • Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
  • Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
  • Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.
  • Cuba bertindak pada perkara yang difikirkan betul.
Untuk menjadi seorang yang mempunyai kemahiran sosial yang baik, anda perlu mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia mula menjadi tabiat baru anda. Mungkin di peringkat awal kita agak janggal dan canggung melakukannya. Namun lama-kelamaan akan membuah hasil yang di luar jangkaan anda sendiri..........
Untuk itu anda perlu juga membuat latihan seperti dalam menjawab telefon di mana kita mesti membalas cakap dengan menjawab, "Ya! eh! aha, " dan sebagainya. Atau gunakan kaedah bercakap sendiri dan menghadap cermin sambil melihat watak dan raut muka anda sendiri seolah-olah anda sedang mendengar. Atau perhatikan mereka yang mempunyai sifat pendengar yang baik ketika mereka berbual atau bersembang.

Jika usaha ini dijalankan secara serius, insya-Allah ia akan mendatangkan hasil. Perhatikan bagaimana anak-anak, dan suami mula mengutamakan anda. Anak-anak mula mahu meluahkan perasaan dan berbincang dalam pelbagai hal yang kadang-kadang bersifat peribadi. Suami atau isteri mula mahu bersembang dan bermesra dan lebih berinteraksi yang diselang seli dengan gelak ketawa dan gurau senda. Rakan-rakan mula menjadikan anda teman karibnya. Orang bawahan anda mula menghormati anda sebagai ketua. 

Begitulah berkuasanya bila anda mahu menjadi pendengar yang baik. Anda akan mula disenangi dan disegani.............!
Baca Seterusnya

Adab membuang air kecil

Posted by sop

Adab membuang air kecil adalah sebagaimana berikut ;

i. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk tandas dan keluar dengan mendahulukan kaki kanan.
ii. Tidak menghadap kiblat.
iii. Bukan di dalam lubang yang dihuni oleh haiwan.
iv. Berada di tempat tertutup.
v. Berdehem bagi melawaskan air kencing.
vi. Dilarang membawa masuk ayat suci al-Quran ke dalam tandas.
vii. Dilarang membuang air kecil di bawah pokok yang berbuah dan tempat berteduh.
viii. Dilarang membuang air kecil di tempat air yang bertakung.

Walau bagaimana pun kebanyakan adab-adab yang disebut adalah adab-adab yang perlu dititikberatkan sekiranya membuang air di luar kawasan binaan tandas.
Perkara tersebut kemungkinannya boleh memberi mudarat kepada diri dan orang lain, dilihat orang dan sebagainya

Dipetik dari: malaysiaria.ning.com
Baca Seterusnya

Video: Besar dan panjang

Posted by sop

Baca Seterusnya

Tips Merangsang Suami

Posted by sop

* Anda tidak perlu meluahkan keinginan untuk 'bersama' sebaliknya gunakan pendekatan psikologi dan bahasa badan yang mampu merangsang seks suami. Hanya dengan bentuk layanan mesra anda, suami mampu memahami hasrat mahupun keinginan anda.


* Fahami kesukaan suami anda.Jadikan kegemaran atau kesukaan suami anda sebagai 'umpan' untuk memikatnya sekali gus melayari malam anda dengan penuh nikmat. Misalnya jika suami anda suka melihat anda berpakaian seksi ketika di kamar tidur, lakukanlah untuknya tanpa rasa malu.


* Kata orang masakan isteri mampu memikat hati suami. Gunakanlah kesempatan itu untuk menyediakan juadah yang enak untuk suami agar si suami bersedia melayan anda dengan sebaik mungkin.


* Jangan memperkatakan sesuatu yang mematikan mood suami anda di meja makan. Misalnya mengatakan sesuatu yang boleh menyebabkan si suami merasa runsing atau kecewa dengan berita yang anda sampaikan. Sebaik-baiknya temanlah suami anda di meja makan dan berbual-buallah dengannya tentang perkara yang menyeronokkan. Sekali sekala suapkan suami anda dengan tangan anda agar suami dapat merasai keintiman hubungan antara anda berdua.


* Pastikan kamar tidur anda diselubungi dengan bau-bauan yang boleh merangsang seks suami anda. Dalam masa yang sama, pastikan cadar yang anda gunakan ditukar dengan cadar yang lebih selesa dan bukannya cadar yang boleh mengganggu hubungan seksual anda dek kerana rasa panas, 'miang' atau pun licin. Hiasi kamar tidur anda dengan warna warni yang samar yab boleh mengundang situasi yang menarik.


* Jika boleh anda terlebih dahulu menunggu suami anda di kamar tidur dan tidak membiarkannya naik ke kamar tidur berseorangan.


* Jika anda sudah mempunyai anak, pastikan terlebih dahulu anak-anak anda tidur di bilik yang berasingan dan mereka tidur awal.


* Sebaik-baiknya hadapkan muka anda ke arah suami dan tidak membelakangkannya. Lebih romantik jika anda menjadikan lengan suami anda sebagai bantal! Peluklah suami anda dengan erat agar dia dapat merasai kehangatan pelukan anda.


* Pakailah wangi-wangian di badan anda agar ia bukan sahaja menyenangkan suami tetapi mampu merangsang seksual suami anda.


* Bukan sahaja suami, isteri juga harus tahu 'titik-titik' utama untuk merangsang seksual suami. Belailah rambut suami anda sebagai satu permulaan! Dan seterusnya anda mungkin lebih tahu untuk meneruskannya...

Dipetik dari: malaysiaria.ning.com
Baca Seterusnya

Tips menggoda pasangan anda

Posted by sop on 04 February 2010


Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibukdan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasastresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tentu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’

5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual. .

7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apasalahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jeling

Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik kerumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasadirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu- tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar sidia.

Dipetik dari: malaysiaria.ning.com
Baca Seterusnya

Berkelah di Sungai Congkak, Hulu Langat

Posted by sop on 03 February 2010

Pada Ahad lepas kami sekeluarga bersama rakan-rakan ke Sungai Congkak Hulu Langat untuk berkelah. Perjalanan kami bermula dari jam 11.00 pagi setelah semua berkumpul. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam.

Setelah sampai, kami hanya mengambil tempat yang tidak jauh dari pintu masuk kerana tidak mampu untuk berjalan lebih jauh. Peralatan yang di bawa banyak menyukarkan kami untuk mencari tempat yang jauh. Pada hari tersebut juga terdapat ramai pengunjung yang berkelah di situ.

Aktiviti perkelahan kami dimulakan dengan membakar hidangan iaitu udang, pari, ikan dan kerang. Makanan lain telah dibawa siap dari rumah seperti nasi lemak, mee hoon, buah, kuih, nugget, roti dan minuman. Semua ahli perkelahan telah diagihkan barang-barang yang perlu dibawa.

Kumpulan kanak-kanak termasuk Azfar dan Azwar telah awal-awal lagi mneruskan aktiviti bermandi manda. Setelah agak kesejukan, mereka di bawa naik untuk diberi makan. Setelah kesejukan reda, mereka menyambung kembali aktiviti bermandi-manda sehingga petang.

Jam 3.30 petang, kami mula berkemas untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, Azfar dan Azwar tidur kepenatan.
Baca Seterusnya

Birthday Azfar, Azwar dan Anas

Posted by sop

Pada Sabtu lepas, berlangsung sambutan ulang tahun kelahiran Azfar, Azwar dan Anas (sepupu Azfar/Azwar) di rumah aku. Pada tahun ini usia Azfar meningkat kepada 4 tahun dan Azwar pula 3 tahun. Birthday Azfar ialah pada bulan Januari dan manakala Azwar pula pada bulan Februari.

Oleh kerana bulan yang berdekatan, sambutan ulang tahun kelahiran diadakan serentak bersama-sama Anas juga yang lahir pada bulan Disember. Sambutan diadakan secara sederhana yang mana kaum keluarga, jiran dan rakan dijemput hadir.

Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat dan seterusnya pemotongan kek. Jamuan bermula dari jam 2.00 petang hingga jam 6.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir ke majlis tersebut.
Baca Seterusnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Follow by Email

Followers

Recent Comments

Twitter Box